INSECTISIDE ( RACUN SERANGGA)

Product Description

INSECTISIDE RACUN SERANGGA

RS 20 MICROPNPK adaalah racun serangga sistemik daripada kumpulan carbamate dan pyrethroid yang bertindah secara sentuhan dan keracunan perut. RS 20 EC MICROBNPK/ insecticide adalah pekatan teremulsi (EC). Racun serangga ini diperlukan untuk perlindungan dari serangan perosak dan penyakit tumbuhan seperti pokok-pokok buah-buahan, kelapa sawit, Kurma, tanaman Palma, sayur-sayuran dan lain-lain

Bahan aktif yang terdiri daripada :

Perawis aktif : Carbosulfan, Diazinon, Lambda Cyholothrin,Chlorpyrifos, Cypermethrin : 20.0% w/w

Perawis lengai : 80.0% w/w

Serangan perosak atau penyakit yang terdiri daripada :

  • Kumbang Merah
  • Kumbang Tanduk
  • Ulat Pengorek Buah
  • Ulat Pengorek Batang
  • Kutu Trip
  • Ulat Lelompat Daun
  • Ulat Inti Daun

Panduan Membancuh :

  • Disyorkan menggunakan alat penyembur galas bernozel solid cone
  • Isikan tanki setengah penuh dengan air bersih.
  • Campurkan racun serangga sesuai dengan tabel, bancuh sepenuhnya dan kacau.
  • Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan.

Cara Pengunaan

  1. Cara Semburan 
  • Lakukan semburan apabila tanda-tanda serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL).
  • Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke atas permukaan daun dan diantara pelepah untuk pokok palma.
  • Ulangi penyemburan setiap 2 minggu sekali.
  1. Cara Injection (Drift System) 
  • Buat  lubang  pada  batang  pokok  dengan  posisi  45o  dankedalaman 3 – 4 inchi, buat 2 – 3 lubang setiap pokok.
  • Pasang tiub besi atau plastic pada lubang tersebut dan sambung dengan hos getah, seterusnya hos getah disambung dengan botol yang berisi bancuhan racun serangga. Dan biarkan mengalir racun serangga tersebut kedalam pokok.
  • Cara ini ialah untuk mengawal larva yang menyerang batang pokok.
  1. Cara Penyerapan Melalui   
  • Gali bahagian bawah pokok palma sampai terjumpa akar, letakan bekas atau dulang dibawah akar.
  • Tuang racun serangga yang telah dibancuh dan biarkan untuk deserap oleh akar.
  • Cara ini ialah untuk mengawal perosak atau ulat (larva) yang menbyerang bahagian bawah pokok.

Cara Penggunaan RS 20 EC MICROBNPK

SERANGGA ISI PADU
TANAMAN PEROSAK KADAR RACUN SEMBURAN
SEHEKTAR
10 LITER SEHEKTAR
CILI/Sayuran Kutu Trip 10 ml 0.8 Liter 800 Liter
Kelapa Sawit Kumbang 30 ml 2.4 Liter 800 Liter
Tanduk,
Kumbang merah 30 ml 2.4 Liter 800 Liter
Ulat Pengorek 20 ml 1.6 Liter 800 Liter
Batang
Kurma Kumbang 30 ml 2.4 Liter 800 Liter
Merah
Larva 30 ml 2.4 Liter 800 Liter
Telur 20 ml 1.6 Liter 800 Liter

Perhatian  Bahaya kepada manusia

  • Berbahaya jika terminum.
  • Elakkan daripada terhidu wasap atau kabus semburan.
  • Elakkan daripada terkena kulit atau mata
  • Ketika mengendalikan produk ini, jangan makan , minum dan merokok
  • Selepas mengedalikan produk ini , pastikan basuh badan sebersih-bersihnya dengan sabun dan air.
  • Tutup bekas racun denbgan rapat dan simpan ditempat terkunci yang mempunyai peredaran udara yang baik, dingin dan kering.
  • Cuci tangan dengan alat penyembur sebersih-bersihnya selepas menggunakannya

Pakaian alat pelindung

Ketika mengendalikan produk ini pastikan pakai pakaian pelindung diri (PPE) berpiawaian termasuk sarung tangan, gogel, penutup muka dan alat pernafasan (respirator) supaya tak terhidu kabus semburan.

Bahaya pada alam sekitar

  • Produk ini bernahaya kepada mikro organisma akuatik, ikan dan lebah.

Jangan cemarkan kolam, sungai dan saliran air dan jangan sembur ketika lebah mencari makan.

Tanda Keracunan

Gatal-gatal pada mata, sakit kepala, badan rasa lemah, mual, pandangan kabur, otot menyentak, sawan, kejang otot, berpeluh dan sesak nafas.

Rawatan Kecemasan

  • Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
  • Jika terkena pada kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan sabun.
  • Jika terkena pada mata ,bersihkan dengan mengunakan air bersih yang banyak sekurang-kurangnya 15 minit.

Jika tertelan jangan ikhtiarkan pesakit itu muntah ,dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Rawatan perubatan

  • Rawatan hendalah mengikut tanda sakit
  • Jika tertelan ,lakukan kuisan rambang dengan hati-hari untuk mencegah penyedutan
  • Berikan suntikan Atropina silft (0.4-0.2mg) secara intraotot dan ulangi setiap 15 minit sehingga pesakit pulih sepenuhnya.

KELAS: II

  • Bilas bekas kosong tiga (3) kali sebelum melepuskan ,jangan guna bekas racun untuk menyimpan makanan.