PADI BIO FEED ORGANIK

 

Packing Size

  1. 1 Litter
  2. 4 Liter
  3.  10 Liter
Product Price 80.00 MYR
Weight: 2.5 kg

Product Description

BAJA BIO PADI FEED

BAJA  BIO UNTUK TANAMAN PADI, PEMULIHAN DAN KAWALAN KESUBURAN TANAH 

Baja Bio Padi Feed adalah agent penggalak tanaman padi yang terdiri daripada nitrogen fixing inoculant (Mikrob Pengikat Nitrogen), Phosphate solubilizing inoculants (Mikrob Pengurai Fosforous), Potassium solubilizing inoculants (Mikrob Pengurai Kalium). Formulasi gabungan ini menyediakan semua bio inoculants yang diperlukan untuk tanaman padi.

Produk ini dihasilkan dengan memilih inoculants yang tidak terganggu antara satu sama lain dan boleh hidup didalam satu fomulasi.

Formulasi 
Produk ini difomulasi dalam bentuk cecair

Komposisi:

  • Nitrogen Fixation Bacteria (Mikrob Pengikat Nitrogen)
  • Phosphate Solubilizing Bacteria (Mikrob Pengurai Fosforous)
  • Potassium Solubilizing Bacteria (Mikrob Pengurai Kalium)

Baja Bio Padi Feed sesuai untuk tanaman padi bagi memperkaya nitrogen nutrition, phosphatic nutrition dan sebagai pelindung daripada seranggan penyakit dan perosak serta menggalakan pertumbuhan tanaman padi yang berperanan  sebagai berikut :

  1. Baja Bio PadiFeed menghasilkan agent antibody untuk melindungi tanaman dengan cara menghambat pertumbuhan penyakit perakaran
  2. Baja Bio PadiFeed menggalakan pembentukan hormon atau Zat Pengatur Tumbuh Auksin, Sitokinin dan Giberellin sehingga tanaman akan lebih subur
  3. Baja Bio PadiFeed meningkatkan penyerapan dan pemanfaatan unsur N oleh tanaman
  4. Baja Bio PadiFeed meningkatkan kemampuan tanaman dalam menyerap  Fe dan S
  5. Baja Bio Padi Feed meningkatkan ketersediaan unsur P, K dan Mn

TUJUAN PENGGUNAAN BAJA BIO PADI FEED

  • Tujuan utama penggunaan adalah memanfaatkannya kelompok bakteri yang memberikan pengaruh baik bagi tanaman terutama dalam dalam proses fisiologi tanaman.
  • Bakteria Baja Bio Padi Feedmampu mengikat nitrogen bebas dari alam atau istilahnya fiksasi nitrogen bebas. Nitrogen bebas diubah menjadi amonia kemudian disalirkan ke tanaman.
  • Bakteri akar ini juga mampu menyediakan berabagai mineral yang diperlukan tanaman seperti besi, fosfor, atau belerang
  • Baja Bio Padi Feedjuga memacu peningkatan hormon tanaman.
  • Peningkatan hormon tanaman inilah yang secara langsung mempengaruhi pertumbuhan tanaman.

Keistimewaan :

  1. Meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman padi
  2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tuaian padi
  3. Mencegah serangan perosak dan penyakit pada tanaman padi
  4. Meningkatkan pertumbuhan akar padi
  5. Mencegah padi rebah
  6. Mengurangkan kos pembajaan

Cara Penggunaan :

  1. 1 liter Baja Bio Padi Feed ditambah 200 liter air (bebas Chlorine), kacau sehingga merata.
  2. Simpan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum penyemburan.
  3. Kemudian sembur pada sawah atau bendang selepas putar kedua sebelum tanam  / tabor benih padi, 1 Baja Bio Padi Feed cukup untuk 1 hektar tanaman padi
  4. Kekerapan penyemburan adalah 1 kali per musim.